2024-10-28 HaiPress

Foto REUTERS
TOKYO,28 Oktober-Jepun merekodkan peningkatan jumlah perwakilan wanita ke Dewan Rakyat,namun angka berkenaan kurang daripada 16 peratus.
Menurut unjuran NHK,sebanyak 73 daripada 465 kerusi Dewan Rakyat yang dipertandingkan dimenangi wanita,dan keputusan rasmi dijangka disahkan dalam masa terdekat.
Pada pilihan raya umum Jepun tahun 2021,seramai 45 wanita telah terpilih. Peningkatan jumlah calon wanita juga dilaporkan,iaitu kira-kira satu perempat daripada jumlah calon terdiri daripada wanita.
Walaupun begitu,golongan wanita masih terpinggir dalam kepimpinan politik dan perniagaan Jepun.
Laporan Global Gender Gap 2024 oleh Forum Ekonomi Dunia menempatkan Jepun pada kedudukan ke-118 daripada 146 negara,menunjukkan masih banyak cabaran yang perlu dihadapi.
Kabinet Perdana Menteri Shigeru Ishiba yang terdiri daripada 20 anggota hanya menyaksikan dua wanita dilantik,menunjukkan ketidakseimbangan jantina dalam barisan kepimpinan.
Menurut Momoko Nojo,ketua organisasi 'No Youth No Japan',suasana politik di Jepun masih dikuasai lelaki dan kurang terbuka menyebabkan kekurangan calon wanita.
"Banyak wanita juga memikul tanggungjawab menjaga keluarga di rumah,menjadikan mereka sukar untuk menceburi bidang politik," tambah Nojo yang turut menggerakkan projek untuk menggalakkan wanita dan golongan minoriti menceburi politik.
Kajian oleh Pejabat Kabinet pada tahun 2021 mendapati seorang daripada empat calon wanita di Jepun pernah berdepan gangguan seksual sepanjang kempen pilihan raya,lapor Jiji Press.
Pakatan pemerintah pimpinan Ishiba mengalami kekalahan besar dalam pilihan raya Ahad lepas dan dijangka kehilangan majoriti di parlimen.
Perdana menteri berusia 67 tahun itu mengadakan pilihan raya selepas mengambil alih jawatan pada 1 Oktober,namun skandal dana sulit mempengaruhi sokongan terhadap Parti Liberal Demokratik (LDP).-REUTERS
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur