2024-10-28 HaiPress

Pengguna lebuh raya di seluruh negara akan menikmati tol percuma pada 29 dan 30 Oktober sempena sambutan Deepavali / Foto Hiasan / Bernama
KUALA LUMPUR,28 Oktober – Pengguna lebuh raya di seluruh negara akan menikmati tol percuma pada 29 dan 30 Oktober sempena sambutan Deepavali.
Menteri Kerja Raya,Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata pemberian tol percuma ini akan dilaksanakan di semua lebuh raya bermula 12.01 tengah malam esok hingga 11.59 malam pada 30 Oktober (Rabu).
Walau bagaimanapun,pengecualian ini hanya diberikan kepada kenderaan Kelas 1 (kenderaan persendirian) di semua plaza tol,kecuali di Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan Tol Tanjung Kupang di Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA),Johor.
“Kos pemberian tol percuma yang dianggarkan sebanyak RM38 juta akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan,dengan bayaran pampasan kepada semua syarikat konsesi tol yang terlibat,” kata Nanta menerusi kenyataan.
Tambah Nanta,pemberian ini selaras dengan prinsip Kesejahteraan dan Ihsan dalam Kerajaan MADANI,bertujuan untuk meringankan kos sara hidup rakyat dan mengukuhkan perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum.
Nanta turut menggesa pengguna lebuh raya untuk merancang perjalanan dengan baik bagi melancarkan pergerakan trafik.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur