2024-10-28 HaiPress

Aliran trafik dijangka meningkat mulai esok dengan jangkaan sebanyak 2.62 juta kenderaan sehari akan menggunakan lebuh raya utama / Foto Hiasan / Bernama
PUTRAJAYA,28 Oktober – Aliran trafik dijangka meningkat mulai esok dengan jangkaan sebanyak 2.62 juta kenderaan sehari akan menggunakan lebuh raya utama menuju ke pantai timur,utara dan selatan sempena sambutan Deepavali,Khamis ini.
Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM),Datuk Sazali Harun berkata daripada jumlah itu,2.13 juta kenderaan akan menggunakan lebuh raya di bawah kumpulan PLUS,198,000 kenderaan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak,78,220 kenderaan di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1),59,220 kenderaan di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2),dan 153,700 kenderaan di Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE).
“Bagi menghadapi peningkatan trafik,LLM telah mengarahkan semua syarikat konsesi lebuh raya untuk membuat persediaan rapi bagi memastikan perjalanan pengguna lebuh raya berjalan dengan selamat dan lancar sepanjang tempoh ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Sazali turut memaklumkan Pusat Pengurusan Trafik LLM akan beroperasi dari pukul 7 pagi hingga 10 malam untuk memudahkan pengguna lebuh raya mendapatkan maklumat terkini mengenai keadaan trafik dan insiden.
Pengguna boleh merujuk media sosial rasmi LLM dan syarikat konsesi lebuh raya atau menghubungi Pusat Pengurusan Trafik LLM di talian 1–800–88–7752 atau menerusi paparan kamera litar tertutup (CCTV) di https://www.llm.gov.my.
Beliau turut menasihatkan pengguna lebuh raya untuk merancang perjalanan dengan menggunakan aplikasi MyPLUS-TTA,memastikan baki kad Touch 'n Go dan e-dompet mencukupi,serta mengingatkan penunggang motosikal bahawa lorong kecemasan bukan laluan eksklusif untuk mereka tetapi turut digunakan oleh kenderaan lain dalam keadaan kecemasan atau kerosakan.
BERITA BERKAITAN:
Pengguna lebuh raya nikmati tol percuma sempena Deepavali
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur