2024-10-28 HaiPress

Timbalan Menteri Pengangkutan,Datuk Hasbi Habibollah/Foto arkib BERNAMA
KUALA LUMPUR,28 Oktober - Kementerian Pengangkutan mendedahkan sebanyak 61,014 daripada 258,116 penerbangan domestik yang beroperasi telah ditangguhkan dalam tempoh lapan bulan sejak awal Januari.
Timbalan Menteri Pengangkutan,Datuk Hasbi Habibollah berkata,daripada angka itu kira-kira 55,024 penerbangan ditangguhkan kurang daripada 2 jam dari waktu perlepasan yang dijadualkan dan baki 5,990 penerbangan ditangguhkan bagi melebihi 2 jam.
Dalam pada itu,Hasbi berkata pada tahun lalu,sebanyak 90,696 penerbangan berjadual telah dibatalkan daripada 444,234 penerbangan yang bersamaan dengan 20 peratus.
Manakala,sebanyak 57,276 penerbangan daripada 315,388 penerbangan berjadual dibatalkan setakat Ogos tahun ini.
"Ini menjadikan bilangan penerbangan yang beroperasi pada 2023 adalah berjumlah 353,838 penerbangan dan bilangan penerbangan yang beroperasi pada tahun 2024 setakat Ogos adalah berjumlah 258,112 penerbangan.
"Antara punca kelewatan penerbangan adalah disebabkan oleh operasi syarikat penerbangan seperti penggiliran pesawat dan anak kapal serta keadaan luar biasa dan isu teknikal.
"Manakala punca pembatalan penerbangan adalah disebabkan komersial seperti muatan rendah (poor loads),masalah operasi syarikat penerbangan seperti kekurangan anak kapal,ketibaan lewat pesawat,putaran pesawat (aircraft rotation),keadaan luar biasa seperti cuaca,kawalan trafik udara dan masalah teknikal seperti Aircraft On Ground (AOG)," katanya bagi menjawab pertanyaan Mohamad Shafizan Kepli (Batang Lupar) dan Datuk Seri Bung Moktar Radin (Kinabatangan) mengenai perkhidmatan penerbangan domestik bagi laluan ke Sabah,Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan di Dewan Rakyat hari ini.
Tambah beliau,bagi pengguna yang terjejas akibat pembatalan penerbangan Malaysia Airlines Berhad (MAB),penumpang ditawarkan peruntukan semula tiket penerbangan pada sehari sebelum atau selepas penerbangan asal.
"Pilihan pertama peruntukan semula yang ditawarkan adalah kepada mana-mana penerbangan MAB yang tersedia. Sekiranya penerbangan MAB tidak tersedia,maka peruntukan tiket baru menggunakan syarikat penerbangan yang lain akan disediakan.
"... dan setelah penumpang dimaklumkan tentang pelan peruntukan semula berkenaan,penumpang masih mempunyai pilihan sama ada untuk menerima,mengubah suai atau meminta bayaran balik," jelasnya sambil menambah proses pembatalan itu telah selesai.
Katanya,Para penumpang juga telah telah dimaklumkan bagi penerbangan yang terjejas dari bulan Ogos hingga Disember 2024.
Tambahnya,penerbangan hanya dibatalkan apabila berlaku force major yang melibatkan keselamatan berpunca dari cuaca buruk atau nasihat dari penguatkuasa penerbangan tempatan dan antarabangsa di antara laluan udara tertentu.
Buat masa ini,syarikat-syarikat penerbangan negara telah menyediakan perkhidmatan penerbangan domestik bagi laluan ke Sabah,Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan sebanyak 1.42 juta tempat duduk bagi bulan Oktober 2024.
Sementara itu,MAB telah mengurangkan sebanyak 95,906 tempat duduk bermula Ogos sehingga Disember 2024.
"Walau bagaimanapun,syarikat-syarikat penerbangan AirAsia,AirAsia X dan Batik Air telah menambah kapasiti sebanyak 139,578 tempat duduk bagi menampung kekurangan tersebut," jelas beliau.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur