2024-10-28 HaiPress

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,28 Oktober- Lima negeri menyumbang 84.6 peratus daripada jumlah perdagangan Malaysia bernilai RM234.8 bilion,September lepas.
Pulau Pinang kekal pengeksport utama,merangkumi 37.5 peratus daripada RM124 bilion nilai eksport negara bagi bulan sama.
Empat lagi negeri yang turut menjadi pengeksport utama,Johor,Selangor,Sarawak dan Kuala Lumpur.
Bagaimanapun,Ketua Perangkawan Malaysia,Datuk Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata,prestasi eksport pada September 2024,turun RM319.5 juta berbanding bulan sama tahun sebelumnya.
"Penyusutan dipengaruhi oleh eksport lebih rendah di kebanyakan negeri termasuk Selangor,Kedah,Negeri Sembilan dan Pahang.
"Bagi prestasi import,Selangor mendahului negeri pengimport utama dengan sumbangan 26.5 peratus daripada RM110.8 bilion. Diikuti Johor,Pulau Pinang,Kuala Lumpur dan Kedah," katanya dalam kenyataan Statistik Eksport Import Mengikut Negeri,September 2024 hari ini.
Namun,nilai import susut di Melaka sebanyak RM1.6 bilion. Turut merosot Negeri Sembilan,Pahang,Sarawak,dan Labuan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur