2024-10-28 HaiPress

Rafizi Ramli
BANDAR HILIR,28 Oktober- Klasifikasi kelompok T15 akan dibuat mengikut kawasan berdasarkan data terkini yang dikumpul daripada 10 juta isi rumah.
Menteri Ekonomi,Rafizi Ramli berkata penilaian itu mengambil kira pendapatan boleh belanja isi rumah agar tiada golongan yang tercicir daripada mendapat manfaat kerajaan.
Hasil dapatan penilaian tersebut dijangka dimuktamadkan dalam tempoh sebulan sebelum dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet untuk kelulusan.
"Jika berdasarkan perbelanjaan boleh belanja bersih dan perbelanjaan asas kehidupan,klasifikasi pendapatan tidak boleh diselaraskan secara seragam di seluruh negara kerana perbelanjaan serta kos sara hidup berbeza-beza mengikut kawasan.
"Sebagai contoh,di kawasan berkos hidup rendah,pendapatan isi rumah sebanyak RM10,000 mungkin dianggap dalam kategori T10. Namun,di kawasan berkos hidup tinggi seperti Kuala Lumpur,pendapatan RM10,000 mungkin masih tidak memenuhi klasifikasi T10," katanya.
Beliau menyampaikan kenyataan tersebut semasa Sesi Libat Urus Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMKe-13) anjuran Kementerian Ekonomi bersama Kerajaan Negeri Melaka di sebuah hotel di sini hari ini. Turut hadir,Ketua Menteri Melaka,Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Selain itu,Rafizi turut menyentuh jangkaan peningkatan penggunaan gas negara walaupun sumber dalam negara semakin berkurang.
RMKe-13 akan turut memberi tumpuan kepada strategi kesediaan negara dalam memenuhi keperluan sumber tenaga.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur