2024-10-28 HaiPress

Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat,Datuk Seri Nancy Shukri
KANGAR,28 Oktober- Sehingga kini sebanyak 54 kanak-kanak yang diselamatkan menerusi Op Global membabitkan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) telah diserahkan kepada ahli keluarga terdekat yang layak.
Manakala 68 lagi permohonan kini sedang dalam siasatan Kementerian Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sebelum permohonan dibuat ke mahkamah.
Menteri Pembangunan Wanita,Datuk Seri Nancy Shukri memaklumkan,pihaknya perlu lebih berhati-hati kerana bagi sesetengah kes terdapat juga permohonan yang dilakukan secara berasingan oleh ibu dan bapa kanak-kanak berkenaan selain ada juga tuntutan agar anak diserahkan kepada waris terdekat yang mana setiap perkara sedang diteliti bagi mengelakkan sebarang masalah selepas ini.
"Kita sudah mendaftar nama mereka yang menuntut. Selepas itu,kita jalankan siasatan dahulu sebelum menghantar kepada pihak mahkamah dan bila kita hendak melindung kita mohon mahkamah. Selepas itu,kita hendak menghantar mereka keluar pun juga memohon daripada mahkamah juga. Itu adalah peraturan undang-undang," katanya.
Beliau memaklumkannya kepada media pada Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak: Kasih Kanak-Kanak Peringkat Negeri Perlis di Sekolah Menengah Kebangsaan Abi,Perlis.
Terdapat 506 kanak-kanak dari keseluruhan 560 kanak-kanak yang diselamatkan menerusi Op Global masih ditempatkan di pusat perlindungan selepas JKM mendapat perintah jagaan sementara mengikut peruntukan Seksyen 25(2)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur