2024-10-28 HaiPress

Datuk Seri Anwar Ibrahim / Foto BERNAMA
SEPANG,28 Oktober - Semua pihak yang terlibat dalam bidang logistik perlu memastikan aspek kemudahan prasarana dan peningkatan kemahiran tenaga kerja dalam bidang itu,berada pada tahap terbaik.
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia selari tumpuan kerajaan pada masa ini yang terarah kepada bidang perindustrian,pendigitalan,peralihan tenaga dan semikonduktor.
Sehubungan itu jelas beliau,pihak berkaitan seperti Kementerian Pengangkutan (MOT),Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB),Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Jabatan Imigresen (JIM) perlu memastikan seluruh prasarana dalam ekosistem logistik diberikan perhatian.
“Di antara isu yang ditingkatkan adalah apabila pelabur masuk di Selangor atau di Kulim,Kedah,Johor,Sabah dan Sarawak umpamanya,mereka akan lihat keupayaan ekosistem keseluruhannya.
“Sebab itu saya mahu kementerian dan rakan-rakan memberikan tumpuan yang lebih dalam bidang ini kerana tahap kepesatan perubahan itu terlalu cepat dan kalau jentera kita lembab,kita akan ketinggalan,” kata beliau semasa berucap pada Majlis Perasmian Kompleks DHL Express di Zon Perdagangan Bebas KLIA,di sini.
Tambah Perdana Menteri,dalam tempoh setahun ini pelabur besar telah menunjukkan minat kepada negara dan sudah tentu kemudahan prasarana di pelabuhan,pengangkutan dan logistik menjadi perhatian mereka.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur