2024-10-28 HaiPress

Inisiatif FLYsiswa merupakan bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan untuk pelajar universiti
KUALA LUMPUR,28 Oktober - Hampir 60,000 mahasiswa terutamanya di Sabah dan Sarawak menerima manfaat subsidi pembelian tiket penerbangan melalui insiatif FLYsiswa sejak pelaksanaannya tahun lalu.
Timbalan Menteri Pengangkutan,Datuk Hasbi Habibollah berkata inisiatif itu bagi mengurangkan beban kewangan mahasiswa yang ingin pulang ke kampung halaman.
"Inisiatif ini dilaksanakan melalui kaedah pemberian credit shell yang mana syarikat penerbangan akan mengeluarkan baucar digital bernilai RM300 kepada setiap pelajar yang layak untuk ditebus.
"Ini melibatkan pembelian tiket penerbangan bagi laluan-laluan domestik antara Semenanjung Malaysia,Sabah,Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan," katanya pada pertanyaan lisan di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Chiew Choon Man (Miri) mengenai pemberian subsidi dan kerjasama dengan syarikat penerbangan dalam memberikan diskaun tambang penerbangan yang ditawarkan kepada pelajar Sabah-Sarawak bagi memudahkan mereka pulang ke negeri masing-masing.
Justeru,katanya,Jemaah Menteri pada 3 September bersetuju supaya FLYsiswa serta inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan ke Sabah,Sarawak dan Labuan sempena musim perayaan dijadikan inisiatif tahunan Kementerian Pengangkutan.
Inisiatif FLYsiswa merupakan bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan untuk pelajar universiti awam,pelajar politeknik dan kolej komuniti di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) serta pelajar matrikulasi dan institut pendidikan guru (IPG).
Inisiatif sejak tahun lalu itu di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi laluan domestik di antara Semenanjung,Sarawak dan Labuan.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur