2024-10-28 HaiPress

S. Jegan (kanan) bersama pegawai dan anggota KPDN melakukan tinjauan harga barang di sebuah pasar raya di Seberang Jaya hari ini
SEBERANG JAYA,28 Oktober- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang memulakan pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2024 hari ini hingga 3 November melibatkan lapan jenis barangan.
Ia melibatkan daging kambing biri-biri bertulang import,tomato,cili merah,kelapa biji (harga maksimum di peringkat borong sahaja),kelapa parut (harga maksimum di peringkat runcit sahaja),bawang merah kecil (India) termasuk Ros,bawang merah besar import dan kacang dal (Australia).
Pengarahnya S. Jegan memaklumkan bahawaSHMMPmenumpukan kepada barangan yang menjadi keutamaan sesuatu komuniti bagi memastikan kestabilan harga semasa perayaan.
"Sempena musim perayaan Deepavali,kita memilih barangan kegemaran utama komuniti untuk dikawal harga. Kerajaan tidak dapat mengawal semua barangan pada setiap masa. Oleh itu,konsepSHMMP ini menumpukan kepada barangan yang menjadi keutamaan sesuatu komuniti," katanya kepada media ketika melakukan tinjauan harga barang di sebuah pasar raya di sini hari ini.
Beliau menambah,"Tempoh kawalan ini hanya tujuh hari dan terpulang kepada peniaga jika ingin mengekalkan harga tersebut lebih lama. Kerajaan hanya dapat mengawal harga secara terhad,sebab itu ikan tidak termasuk dalam skim ini. Fokus kita adalah pada lapan barangan yang telah disenaraikan."
Skim itu dipantau bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan orang ramai boleh membuat aduan melalui platform rasmi KPDN sekiranya terdapat ketidakpatuhan.

Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur