2024-10-28 HaiPress

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming/ BERNAMA
PUTRAJAYA,28 Oktober- Kesejahteraan rakyat adalah keutamaan dalam perancangan bandar.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata kesesakan trafik dan pemanasan global merupakan isu besar dihadapi oleh bandar moden akibat kadar urbanisasi yang pesat.
Oleh itu,pendekatan perancangan bandar perlu berubah ke arah yang lebih pintar dan inovatif bagi memperkukuh agenda bandar mampan dan pintar ke arah perbandaran baharu.
"Semua aspek yang tadi saya katakan yang terangkuman dalam itu termasuklah banjir semestinya. Jadi jika tidak,mana ada mampan. Kelestarian bermaksud mampan,hijau,lestari dan yang penting tadi yang saya tegaskan,apa-apa segala perancangan,kesejahteraan rakyat adalah keutamaan.
"Jika rakyat tidak rasa bahagia,maka tidak guna kita ada perancangan. Perancangan yang rapi,penanda aras terbaik ialah kebahagiaan rakyat atas kepuasan rakyat,bagi saya itu paling penting",katanya.
Belia berkata media selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) Tahun 2024 Peringkat Kebangsaan di Putrajaya.
Beliau turut menyampaikan anugerah 'Malaysia Urban Planning Awards (MUPA)' 2024 kepada 21 penerima Anugerah Bandar Mampan 2024,20 penerima Anugerah Penarafan Bandar Pintar 2024 dan 10 penerima Anugerah Amalan Perancangan Terbaik 2024.
MUPA merupakan platform pengiktirafan dan penghargaan kepada semua pihak termasuk kerajaan,swasta,badan bukan kerajaan (NGO),pemimpin tempatan dan komuniti setempat dalam membangunkan persekitaran sama ada di peringkat kejiranan mahupun perbandaran yang lebih berdaya huni dan inklusif di masa hadapan.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur