2024-10-28 HaiPress

Foto Hiasan/BERNAMA
TERENGGANU,28 Oktober - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu melantik 159 Peruncit Terpilih Daerah (DDR) dan 74 Pemborong Terpilih Daerah (DDW) di kesemua lapan daerah di negeri itu sebagai persediaan hadapi musim tengkujuh.
Pengarahnya,Saharuddin Mohd Kia berkata,pelantikan itu membenarkan DDR dan DDW untuk menyimpan barang kawalan berjadual sehingga 30 peratus daripada had simpanan dalam lesen.
"Ini bagi memastikan tiada gangguan bekalan barangan keperluan asas semasa musim bencana terutama di kawasan berisiko banjir.
"Pada masa sama melarang sebarang pembelian barangan kawalan tersebut di kawasan bencana oleh Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) atau individu bagi tujuan edaran bantuan bencana," katanya selepas program pelaksanaan Skim Harga Maksimum Perayaan (SHMMP) Deepavali 2024 di Kuala Terengganu.
Tempoh skim harga maksimum tersebut adalah selama tujuh hari berkuatkuasa 28 Oktober hingga 3 November 2024 melibatkan lapan jenis barangan.
Penentuan harga barangan dibuat dengan mengambil kira pandangan rakan strategik KPDN iaitu Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM),agensi kerajaan serta pemain industri.
120 anggota penguatkuasa KPDN turut ditempatkan di lokasi-lokasi strategik termasuk di pasar awam,pasar tani dan pusat membeli-belah barangan keperluan perayaan bagi tujuan itu.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur