2024-10-29 HaiPress

Foto RTM
KUALA LUMPUR,29 Oktober - Yang di-Pertuan Agong,Sultan Ibrahim berkenan menyempurnakan Istiadat Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) tahun 2024 di Balairung Seri Istana Negara,Kuala Lumpur hari ini.
Turut berangkat pada istiadat tersebut,Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.
Hadir sama,Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin,Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari,Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Mohammad Ab. Rahman serta Panglima-Panglima Perkhidmatan dan pegawai-pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Panglima Tentera Laut ke-19 Laksamana Datuk Zulhelmy Ithnain,mendahului senarai 100 penerima pingat bagi lima Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera,yang dianugerahkan Panglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT).
Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan lima Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera,iaitu Panglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT) kepada dua penerima,manakala Panglima Setia Angkatan Tentera (PSAT) kepada 18 penerima.
Darjah Pahlawan Angkatan Tentera (PAT) pula dianugerahkan kepada 35 penerima,Kesatria Angkatan Tentera (KAT) kepada 25 penerima dan Bentara Angkatan Tentera (BAT) kepada 20 penerima.
Istiadat ini dilaksanakan bersempena Sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Ke-91 dan bertujuan menghargai Pegawai dan Lain-Lain Pangkat ATM yang berkelayakan atas jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan dalam perkhidmatan ATM.
Pengurniaan turut diberikan kepada pemerintah tentera negara asing yang menyumbang baik kepada negara.
Seramai 353 penerima telah diperkenan bagi penganugerahan pingat dalam Istiadat Pengurniaan DKAT pada tahun ini yang diadakan dalam dua sesi.
Sesi pertama disempurnakan oleh Sultan Ibrahim,di Istana Negara.
Sementara sesi kedua akan dirasmikan oleh Menteri Pertahanan pada 25 November 2024 di Wisma Perwira ATM melibatkan seramai 252 penerima.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur