2024-10-29 HaiPress

Datuk Seri Fadillah semasa berucap pada majlis perasmian Kongres Perancangan Kebangsaan 2024 /Foto FB
PUTRAJAYA,29 Oktober - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata pembangunan stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) akan diperhebat bagi menyokong hasrat kerajaan menjadikan EV sebagai kenderaan rasmi semasa kepengerusian ASEAN 2025.
Menurutnya ketika ini terdapat lebih 2,000 stesen pengecas EV di seluruh negara,dan angka itu akan digandakan menjadi 4,000 stesen menjelang tahun hadapan sebagai persiapan menyokong penggunaan kenderaan elektrik.
Beliau menekankan bahawa antara pendekatan dalam memastikan kelestarian dan kemampanan adalah melalui sektor tenaga,termasuk penggunaan kenderaan elektrik (EV). Oleh itu,Kabinet telah memutuskan bahawa Malaysia,sebagai tuan rumah ASEAN pada tahun hadapan,akan menggunakan EV sebagai kenderaan rasmi bagi membawa ketua-ketua negara dan pegawai yang menghadiri persidangan ASEAN.
"Perancangan kini adalah untuk menggerakkan lebih banyak EV,satu daripadanya adalah dengan pembangunan stesen pengecas. Sasaran kita adalah untuk mempunyai 10,000 stesen pengecas di seluruh negara menjelang 2030,serta memberikan insentif kepada pemilik EV.
“Inisiatif ini adalah langkah positif untuk alam sekitar kerana ia dapat mengurangkan pelepasan karbon dari sektor pengangkutan. Penggunaan EV adalah satu pendekatan utama yang difokuskan oleh kerajaan," katanya kepada media selepas majlis perasmian Kongres Perancangan Kebangsaan 2024,yang diadakan bersempena dengan Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2024.- BERNAMA
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur