2024-10-29 HaiPress

Timbalan Menteri Luar Negeri,Datuk Mohamad Alamin /Foto RTM
KUALA LUMPUR,29 Oktober -Kementerian Luar Negeri dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menyelamatkan 707 daripada 906 orang warganegara Malaysia terlibat dengan sindiket penipuan tawaran pekerjaan di luar negara.
Timbalan Menteri Luar Negeri,Datuk Mohamad Alaminberkata ke semua mereka telah dihantar pulang ke Malaysia manakala 199 orang lagi sedang dijejaki.
"Kementerian Luar Negeri akan meneruskan usaha untuk mengesan mereka dan menghulurkan bantuan sewajarnya.
"Sekiranya laporan telah diterima daripada mana-mana pihak termasuk ahli keluarga atau individu itu sendiri,Kementerian melalui Perwakilan Malaysia di Luar Negeri akan mengadakan sesi libat urus dengan pihak berkuasa tempatan bagi mendapatkan bantuan untuk mengesan keberadaan mereka",katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Beruas,Datuk Ngeh Koo Ham di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau turut mengingatkanorang ramai supaya waspada dan tidak mudah terperdaya dengan iklan-iklan tawaran pekerjaan di luar negara yang menjanjikan gaji lumayan dan tidak realistik.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur