2024-10-29 HaiPress

Menteri Pengangkutan,Anthony Loke / Foto RTM
KAMPUNG MORTEN,29 Oktober- Kira-kira RM83.76 juta diperuntukkan Kementerian Pengangkutan kepada Kerajaan Negeri Melaka untuk Program Transformasi Bas Berhenti-henti (SBST) bagi tempoh lima tahun.
Menterinya,Anthony Loke berkata,ia akan dikendalikan oleh syarikat swasta secara kontrak dengan peruntukkan RM16.75 juta setahun.
Katanya,program SBST di Melaka bermula pada 1 Mei lalu melalui jenama BAS.MY. Menggunakan reka corak bas berwarna merah jambu,sebanyak 51 buah bas beroperasi setiap hari meliputi laluan empat pihak berkuasa tempatan negeri itu.
"Jadi,kerajaan memperuntukkan sejumlah wang untuk kiat bayar perkhidmatan itu. "Apa sahaja yang kita kutip itu dapat mengurangkan kos tetapi sudah tentu dia tidak dapat mengutip keseluruhan kos.
"Jadi,ini dikira subsidi kepada rakyat supaya perkhidmatan bas berhenti-henti dapat dijalankan",katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti BAS.MY Melaka yang dirasmikan Ketua Menteri,Datuk Seri Ab Rauf Yusoh di sini.
Pengguna BAS.MY Melaka warganegara Malaysia turut ditawarkan kemudahan Pas Perjalanan Tanpa Had melalui langganan pas bernilai RM50 untuk perjalanan selama 30 hari.
Manakala tambang percuma diberikan kepada golongan orang kurang upaya (OKU),warga emas dan pelajar sekolah.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur