2024-10-29 HaiPress

Datuk Dr. Mohd Naim Mokhtar / Foto RTM
KUALA LUMPUR,29 Oktober – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),Majlis Agama Islam Negeri (MAIN),serta Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) seluruh negara berjaya mengumpul kutipan fi pensijilan halal berjumlah RM80 juta sejak tahun 2012 hingga 2023.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),Datuk Dr. Mohd Naim Mokhtar berkata jumlah kutipan fi itu meningkat setiap tahun,menunjukkan kesedaran dan kefahaman yang semakin tinggi dalam kalangan usahawan dan industri mengenai kepentingan pensijilan halal sebagai nilai tambah perniagaan mereka.
"Jumlah fi pensijilan halal yang meningkat setiap tahun menggambarkan kefahaman serta kesedaran mengenai kepentingan pensijilan halal semakin tinggi dalam kalangan usahawan dan pihak industri," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat,di sini.
Tambah Mohd Na'im,sehingga 2023,sebanyak 85,893 syarikat di Malaysia telah memperoleh Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM),yang membuktikan komitmen mereka dalam memastikan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan memenuhi standard halal yang ditetapkan.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur