2024-10-29 HaiPress

Foto BERNAMA
PUTRAJAYA,29 Oktober- Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah mengenal pasti sebanyak 5,648 kawasan 'hotspot' banjir di seluruh negara.
Oleh itu,Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Fadillah Yusof menegaskan bahawa kawasan bandar bukan hanya berfungsi sebagai pusat ekonomi,sebaliknya perlu menumpukan kepada strategi untuk menjadi lebih berdaya tahan.
Beliau menambah bahawa bandar juga harus bersedia menghadapi cabaran seperti perubahan iklim,pertumbuhan penduduk,kemajuan teknologi,danekuiti sosial.
“Bandar-bandar kita kini sangat terkesan dengan perubahan iklim dan risiko bencana,terutamanya banjir.
"Perancangan bandar bukan sekadar mengenai pembangunan fizikal atau spatial,tetapi juga tentang membina komuniti yang inklusif,mampan,dan berdaya tahan,” katanya semasa merasmikan Kongres Perancangan Kebangsaan 2024 bersempena sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2024 di sini.
Tambahnya,pembangunan bandar pintar dilihat mampu membaiki kualiti hidup serta menyediakan peluang untuk merangka sistem bandar yang lebih terhubung,selamat,dan responsif sejajar dengan aspirasi MADANI.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur