2024-10-29 HaiPress

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,29 Oktober- Pelaksanaan tol percuma yang bermula tengah malam tadi sehingga malam esok tidak hanya dinikmati oleh masyarakat India beragama Hindu sempena sambutan Deepavali,tetapi turut dirasai oleh semua pengguna lebuh raya.
Rata-rata pengguna lebuh raya yang menuju ke arah Selatan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan atas inisiatif itu,yang sering dilaksanakan setiap kali menjelang perayaan utama di negara ini.
“Pertama sekali,saya ingin ucapkan terima kasih kepada kerajaan atas pemberian tol percuma selama dua hari ini. Ini (tol percuma) membantu kami menjimatkan duit poket untuk pulang ke kampung. Terima kasih kerajaan Malaysia,” kata pengguna,Ahmad Kamil Abdul Halim.
"Alhamdulillah,ini adalah satu inisiatif yang sangat baik untuk saya yang masih bujang dan baharu bekerja. Perbelanjaan balik ke kampung yang jauh jadi lebih jimat,” ujar pengguna,Siti Fatimah Ishak.
"Ini satu inisiatif bagus daripada kerajaan. Ini memang membantu kami,para perantau,untuk pulang ke kampung sempena cuti panjang ini. Harap setiap perayaan boleh dibuat begini," kata pengguna,Muhammad Syafiq Kamarudin.
BERITA BERKAITAN:
Pengguna lebuh raya nikmati tol percuma sempena Deepavali
Aliran trafik dijangka meningkat 2.62 juta sehari sempena Deepavali
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur