2024-10-29 HaiPress

Ketua Polis Perak,Datuk Azizi Mat Aris / Foto RTM
IPOH,29 Oktober – Polis menjelaskan siasatan terhadap Himpunan Kibarkan Jalur Gemilang yang berlangsung pada 26 Oktober di Dataran Menara Condong,Teluk Intan,bukan disebabkan pengibaran bendera,tetapi kerana perhimpunan tersebut diadakan tanpa pemakluman kepada pihak berkuasa.
Ketua Polis Perak,Datuk Azizi Mat Aris berkata siasatan dijalankan di bawah Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 atas kesalahan berhimpun dan berucap di tempat awam tanpa pemberitahuan kepada polis.
Katanya,polis telah menerima lapan laporan berkaitan perhimpunan tersebut dan lima wakil penganjur termasuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) telah dirakam percakapan.
“Kibarkan Jalur Gemilang tidak salah,tetapi yang salah adalah berhimpun tanpa memaklumkan kepada Ketua Polis Daerah,” katanya pada sidang media,di sini.
Bagi insiden lain melibatkan pengibaran bendera negara asing pada 24 Oktober di dataran yang sama,beliau berkata polis menerima 61 laporan.
Katanya,pihak penganjur telah memperoleh kebenaran pada 2 Oktober lalu,namun terdapat pelanggaran syarat yang ditetapkan oleh Ketua Polis Daerah.
Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan 1949 kerana mengibarkan bendera asing semasa perarakan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur