2024-10-29 HaiPress

Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi / Foto RTM
KUALA LUMPUR,29 Oktober – Kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan untuk menaikkan kuota diesel bagi pengusaha bas daripada 6,000 liter kepada 10,000 liter sebulan,selaras dengan keperluan purata setiap bas yang menggunakan jumlah diesel tersebut.
Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata peningkatan kuota itu penting untuk memastikan perkhidmatan bas dapat beroperasi dengan lebih cekap serta membantu mengurangkan kos operasi dan penyelenggaraan dalam jangka masa panjang.
“Sebagai kerajaan yang prihatin terhadap kepentingan awam,kita mesti mengutamakan 35 juta penumpang yang menggunakan perkhidmatan ini setiap tahun. Jika kuota diesel tidak ditambah,ada kemungkinan tambang akan meningkat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Melayu Semenanjung Malaysia (PEMBAWA) kali ke-44 di Pusat Dagangan Dunia (WTC),di sini.
Ahmad Zahid turut berharap agar permohonan itu mendapat pertimbangan Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim demi kepentingan pengguna dan pengusaha bas.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur