2024-10-29 HaiPress

Foto BERNAMA
TERENGGANU,29 Oktober- Seramai 30 kanak-kanak kematian ibu bapa diambil sebagai anak angkat di bawah Program Prihatin Keluarga Angkat (PROTEK),sehingga 29 Oktober 2024.
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO),Terengganu memaklumkan ini termasuk kes terbaru dikendalikan skuad prihatin PERKESO melibatkan dua beradik yatim piatu,Nur Jihan Irdina Mohd Junaizi,13,dan Nur Anis Zahra Nazihah,12.
Kedua-duanya mereka adalah anak kepada pasangan Mohd Junaizi Jusoh,48,dan Shazwani Ismail,39,yang terkorban dalam nahas jalan raya di Kilometer 86,Jalan Gua Musang-Lojing,25 Oktober lepas.
Turut terkorban dalam nahas itu,anak lelaki mereka Muhammad Fakrul Danish,18,dan adik kepada Shazwani,Farhana Ismail,35.
Pengarah PERKESO Terengganu,Farihah Che Husin berkata,kebajikan dan pelajaran dua beradik ini akan dipantau secara berkala sehingga dewasa.
Mereka juga layak menerima faedah pencen penakat berjumlah RM435 sebulan,hasil caruman ibu bapa mereka sebelum ini.
"Mereka juga layak untuk mendapat faedah di bawah PERKESO sehingga umur 21 tahun atau berkahwin atau sehingga tamat pengajian di peringkat ijazah pertama.
"Memandangkan kedua-dua mereka ini merupakan anak yatim piatu. Pihak PERKESO akan mengambil mereka sebagai anak angkat," katanya ketika menziarahi kedua-dua beradik itu di kediaman nenek mereka di Kampung Payang Kayu,Hulu Terengganu.
Hasmah Abu Bakar,63,turut menerima faedah yang sama,iaitu pencen penakat berjumlah RM507 sebulan seumur hidup.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur