2024-10-29 HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,29 Oktober- Ringgit meningkat semula untuk dibuka tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa,walaupun wujud sentimen berhati-hati menjelang pilihan raya presiden AS dan mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Rizab Persekutuan (FOMC) minggu depan.
Pada pukul 8.03 pagi,mata wang tempatan meningkat kepada 4.3580/3645 berbanding dolar AS daripada 4.3605/3640 ketika ditutup semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS (DXY) kekal tinggi pada 104.316 mata kerana pasaran menunggu keputusan daripada kedua-dua peristiwa itu minggu depan.
Pilihan raya presiden AS dijadualkan pada 5 Nov,2024 manakala mesyuarat FOMC akan berlangsung pada 6 hingga 7 Nov,2024.
“Kita semua boleh bersetuju bahawa ekonomi AS masih berdaya tahan berbanding rakannya daripada kalangan G7,membolehkan Rizab Persekutuan AS mengambil masa untuk melonggarkan dasar monetari.
“Dalam konteks ini,pelabur berkemungkinan cenderung kepada dolar AS susulan keadaan ketidaktentuan yang ketara,” katanya kepada Bernama.
Mohd Afzanizam berkata kesungguhan dalam pilihan raya presiden AS akan terus menguasai sentimen pasaran,manakala petunjuk ekonomi seperti pembayaran gaji bukan ladang (NFP) dan kadar pengangguran tidak diberikan banyak perhatian oleh pelabur.
Beliau menjangkakan ringgit kekal lemah berbanding dolar AS,didorong oleh peristiwa luar.
Ringgit mengukuh berbanding beberapa mata wang utama pagi ini.
Unit tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.8471/8515 daripada 2.8521/8545 ketika ditutup pada Isnin,dan naik berbanding pound British kepada 5.6549/6634 daripada 5.6564/6610.
Ringgit lebih stabil berbanding euro kepada 4.7145/7215 daripada 4.7159/7197.
Sementara itu,ringgit didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang negara ASEAN.
Mata wang domestik meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2955/3007 daripada 3.2979/3008 semalam,dan naik berbanding rupiah Indonesia kepada 277.1/277.6 daripada 277.2/277.6.
Bagaimanapun,ringgit kekal tidak berubah berbanding peso Filipina pada 7.48/7.49,dan susut berbanding baht Thailand kepada 12.9015/12.9303 daripada 12.8780/8933 semalam.- BERNAMA
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur