2024-10-29 HaiPress

Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,28 Oktober- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini didorong oleh pembelian semasa harga murah,kata seorang penganalisis.
Pada penutup dagangan,kontrak bulan semerta Oktober 2024 meningkat kepada US$2,731.20 setiap auns troy daripada US$2,720.90 setiap auns troy pada Jumaat lepas manakala November 2024 naik kepada US$2,747.50 setiap auns troy daripada US$2,737.20 setiap auns troy sebelumnya.
Sementara itu,kontrak Disember 2024,Januari 2025 dan Februari 2025 semuanya melonjak kepada US$2,755.60 setiap auns troy berbanding US$2,745.30 setiap auns troy minggu lepas.
Jumlah dagangan merosot kepada tiga lot daripada 10 lot pada Jumaat minggu lepas manakala kepentingan terbuka menyusut kepada 17 kontrak daripada 21 kontrak sebelumnya.
Mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 25 Oktober,2024,harga emas fizikal berada pada US$2,731.45 setiap auns troy.- BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur