2024-10-29 HaiPress

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,29 Oktober - Selangor,Johor dan Kuala Lumpur mencatat bilangan pertubuhan tertinggi pada tahun 2022.
Berdasarkan Banci Ekonomi 2023,ketiga-tiga negeri itu secara kumulatif menyumbang 49.1 peratus daripada jumlah bilangan pertubuhan di Malaysia.
"Di peringkat daerah,Johor Bahru dan Petaling mencatatkan bilangan pertubuhan tertinggi merentasi kesemua sektor.
"Kedua-duanya menyumbang secara signifikan kepada sektor perkhidmatan dan pembinaan,sekali gus memperlihatkan kepentingan daerah-daerah ini sebagai hab ekonomi yang berkembang pesat," jelas Ketua Perangkawan Malaysia,Datuk Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin.
Secara keseluruhan,lebih 1.09 juta pertubuhan beroperasi pada tahun 2022,berbanding 920,630 pada 2015.
Peningkatan itu menyumbang kepada kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 2.5 peratus.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur