2024-10-31 HaiPress

Aliran trafik di Lebuh Raya Utara Selatan arah utara mula sesak/Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,30 Oktober - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama menghala keluar dari ibu negara dilaporkan semakin meningkat setakat pukul 8 malam ini berikutan pertambahan jumlah kenderaan bersempena cuti perayaan Deepavali yang disambut pada Khamis.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan,trafik bergerak perlahan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak,dari Plaza Tol Gombak ke Genting Sempah susulan peningkatan jumlah kenderaan.
Menurutnya trafik bertambah di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) E2 dari Plaza Tol Sungai Besi menuju ke Seremban serta di PLUS E1 dari Sungai Buloh menuju ke utara.
“Trend peningkatan aliran trafik dijangka berterusan hingga tengah malam ini berikutan ramai yang sudah memulakan perjalanan keluar dari Kuala Lumpur,” jelasnya.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol PLUSLine 1-800-88-0000 dan laman X @plustrafik atau talian LLM 1-800-88-7752 serta laman X @llmtrafik. - BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur