2024-10-31 HaiPress

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV,Fakhrunniam Othman
KUALA LUMPUR,30 Oktober- FGV Holdings Bhd melantik Fakhrunniam Othman sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) kumpulan berkuat kuasa 1 Nov 2024.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia,ia berkata Fakhrunniam adalah pengarah bahagian kumpulan,logistik dan sokongan sejak 1 Januari,2023.
Kerjayanya menjangkau lebih 31 tahun bermula pada 1992 sebagai pelatih pengurusan di Caltex Oils Malaysia Ltd.
Beliau kemudian bekerja di Sapura Telecommunication Bhd sebagai penolong pengurus,diikuti dengan peranan sebagai akauntan kumpulan di Alloy Consolidated Sdn Bhd,katanya.
Fakhrunniam mempunyai pengalaman luas dengan Kumpulan FGV sejak menyertai sebagai akauntan di Felda Holdings Bhd (FHB) pada tahun 2000.
“Berikutan giliran kerja,peluasan tanggungjawab dan penilaian prestasi,Fakhrunniam seterusnya dilantik sebagai pengurus besar (2004) dan GM kanan kewangan FHB pada 2006.
“Dari 2008 hingga 2011,beliau telah ditugaskan sebagai Timbalan Ketua Pegawai Kewangan (CFO) dan setiausaha syarikat untuk firma Amerika Syarikat (AS),Twin Rivers Technologies (TRT) Inc yang telah memberikannya pendedahan global dengan ketara dalam pelaburan,minyak dan lemak serta bidang oleokimia,” katanya.
Sekembalinya ke tanah air,Fakhrunniam menyertai bahagian strategi kumpulan itu sebagai naib presiden dan mengambil bahagian dalam penyenaraian FGV,
Dalam pada itu,beliau dilantik sebagai CEO tiga anak syarikat,iaitu FGV Marketing Services Sdn Bhd,FGV Trading Sdn Bhd,dan FGV Transport Sdn Bhd sekitar 2013 hingga 2016.
Beliau kemudiannya dilantik sebagai ketua pegawai strategi pada 2017,ketua pegawai pelaburan (2019-2022) dengan penugasan sementara sebagai pemangku CEO MSM Holdings Bhd pada September 2020.
Fakhrunniam memperoleh Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dalam pengurusan am dari Royal Melbourne Institute of Technology (RMIT),Australia.
Beliau ialah seorang akauntan bertauliah,berkelulusan dari Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA),United Kingdom (UK) dan merupakan ahli Institut Akauntan Malaysia.- BENAMA
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur