2024-10-31 HaiPress

Foto Universiti Malaya
KUALA LUMPUR,31 Oktober- Universiti Malaya (UM) memperkukuh kerjasama antarabangsa dengan Universitas Indonesia (UI) yang juga merupakan kampus terbaik di Indonesia melalui program Universitas Indonesia Credit Earning Program for International Students (UI-CREATES 2024) yang telah berlangsung pada 5 Ogos hingga 3 Oktober 2024.
UM menerusi kenyataan berkata program UI-CREATES 2024 mengandungi dua modul iaitu program dalam talian yang merangkumi 10 kuliah dalam bidang organik sintesis dan ubatan bagi menepati tema Synthetic and Natural Product Chemistry for Drug Discovery dan diikuti dengan program lawatan ke Universitas Indonesia dan kawasan sekitarnya.
Program lawatan ke UI menawarkan bukan sahaja pengalaman antarabangsa dalam bidang akademik tetapi juga eksplorasi budaya secara tidak langsung.
"Pada hari pertama,para peserta dibawa menjelajah ke sekitar kampus,memahami struktur organisasi serta berkesempatan mempelajari budaya dan kesenian masyarakat di Indonesia iaitu wayang kulit.
"Pada hari kedua,para peserta juga telah dibawa berkunjung ke Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM) yang merupakan institusi kerajaan dalam bidang farmaseutikal.
"Pada hari ketiga,masa yang ada diisi dengan program team building dan sukan pantai seperti jetski,banana boat,luncur air serta eksplorasi pantai dengan menunggang ATV di Pantai Anyer,wilayah Banten.
Program ini disertai oleh 16 pelajar Sarjana Muda Sains Kimia dan dua orang Pensyarah Jabatan Kimia,UM iaitu Dr Noordini Mohamad Salleh dan Dr Siti Jariani Mohd Jani sebagai penasihat program dan beberapa orang pelajar dari UI.
"Program ini dianjurkan oleh Departemen Kimia,Fakultas Matematika dan Ilmu Pengetahuan Alam (FMIPA),UI yang diketuai oleh Dr Bayu Ardiansah yang juga merupakan kolaborator utama kepada Dr Noordini Mohamad Salleh",menurut kenyataan itu.
Program tersebut diakhiri dengan penyampaian anugerah UI-CREATES oleh Ketua Departemen Kimia UI,Dr Asep Saefumillah dan Hezron Mujah Lasa,pelajar tahun 3 muncul sebagai peserta terbaik dan Adam Spencer Crowther sebagai peserta paling aktif sepanjang program dijalankan.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur