2024-10-31 HaiPress

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz
MARANG,31 Oktober - Pesara Kerajaan akan menikmati kenaikan sebagaimana yang dinikmati oleh penjawat awam yang sedang berkhidmat selaras dengan pelarasan gaji penjawat awam.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz,berkata,ia akan dilaksanakan berdasarkan pelarasan ke atas gaji akhir pesara.
Katanya,pelarasan gaji itu merupakan satu bentuk keprihatinan kerajaan untuk mereka mendapatkan upah setimpal dengan perkhidmatan yang diberikan dalam kerajaan.
"Dalam konteks ini boleh dikatakan bahawa dalam Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) memang ada pelarasan gaji pegawai yang berkhidmat,manakala bagi yang sudah bersara juga memang akan ada pelarasan dilakukan berkaitan dengan pencen.
"Sebenarnya Sistem Saraan Malaysia (SSM) dahulu kita sudah ada satu jumlah yang diterima oleh pesara berdasarkan gaji akhir yang diterima dan apabila kita laksanakan semula sistem saraan yang baharu,maka satu tambahan berdasarkan peratusan yang telah dipersetuju kerajaan akan dilakukan.
"Jadi dalam kata lain pesara akan menikmati kenaikan sebagaimana yang dinikmati oleh mereka yang sedang berkhidmat," kata Ahmad Dahlan kepada pemberita selepas menyantuni dua pesara yang mengalami komplikasi kesihatan iaitu ketumbuhan dalam kepala dan masalah tulang belakang di sekitar daerah Marang.
Program tersebut bertujuan menterjemahkan keprihatinan kerajaan kepada pesara,serta menghargai khidmat baktiperkhidmatan yang disumbangkan mereka.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur