2024-10-31 HaiPress

FOTO FAIL
SUNGAI PETANI,31 Oktober - Kegiatan menyorok minyak masak paket antara pelbagai kesalahan yang dikesan daripada 105 aduan yang diterima Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah sejak Januari hingga Oktober tahun ini.
Pengarahnya Muhammad Nizam Jamaludin berkata,daripada jumlah itu sebanyak 14 kes diambil tindakan bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
"Dia enggan menjual barangan (sorok) dia letak tempat di lain," Muhammad Nizam bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMPP) Deepavali tahun 2024 di sebuah pasar raya,di sini.
Sementara itu beliau,berkata secara keseluruhannya KPDN Kedah menerima sebanyak 1,443 aduan membabitkan pelbagai kesalahan sepanjang tahun ini.
Selain aduan mengenai minyak masak,antara aduan tertinggi yang diterima adalah berkenaan transaksi dalam talian sebanyak 398 aduan,harga 397 aduan,barang kawalan 183 aduan,perkhidmatan mengelirukan 158 aduan dan bengkel kenderaan bermotor 82 aduan.
KPDN Kedah turut menerima 25 aduan membabitkan kenaikan harga dengan empat kes telah dihasilkan bagi kesalahan bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur