2024-10-31 HaiPress

Premier Sarawak,Tan Sri Abang Johari Tun Openg/ Foto RTM
KUCHING,31 Oktober-Bermula hari ini,Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dilantik sebagai agregator tunggal untuk mengendalikan urusan berkaitan gas di Sarawak.
Premier Sarawak,Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata perkara terbabit telah dipersetujui oleh kerajaan persekutuan dan dimaklumkan kepada Menteri Utiliti dan Telekomunikasi,Dato Sri Julaihi Narawi.
"Maknanya kita akan teruskan usaha kita sebagai agregator,dan formulanya akan dibincang lebih lanjut,prinsipalnya setuju dan telah dimaklumkan kepada Datuk Seri Julaihi secara tidak rasmi",katanya di sini.
Tan Sri Abang Johari menjelaskan perkara itu kepada media selepas mengadakan kunjungan Deepavali di kediaman Presiden Persatuan Perubatan Malaysia,MMA Datuk Dr. Kalwinder Singh Khaira di Jalan Sungai Maong Tengah hari ini.
Sebelum ini kerajaan Persekutuan dan Sarawak bersetuju untuk mengadakan rundingan dalam hak kawalan ke atas gas terbabit dalam masa tiga bulan.
Dengan resolusi terbabit,Petroleum Sarawak Bhd,PETROS akan menjadi agregator tunggal di Sarawak mengambil alih peranan Petronas.
Beliau selepas itu turut mengadakan kunjungan deepavali ke atas pengamal undang-undang negeri,Datuk Shankar P.s Asnani di Jalan Rumbia.
Dalam pada itu,Premier Sarawak,Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengulangi komitmennya untuk meningkatkan kualiti kehidupan rakyat negeri ini.
Katanya walaupun Sarawak telah diiktiraf sebagai negeri berpendapatan tinggi oleh bank dunia namun pendapatan isi rumahnya masih perlu diperkasa.
Bercakap pada majlis rumah terbuka pengamal undang-undang negeri,Dato Shankar P.s Asnani di Kuching hari ini katanya lagi dengan ekonomi rakyat sendiri yang masih bergelut,fokus akan terus diberikan kepada Sarawak sebelum mampu membantu negeri-negeri lain.
Sementara itu,Datuk Shankar dalam ucapannya turut memuji kepimpinan Premier dalam agenda pembangunan sejumlah infrastruktur berimpak tinggi.
Ini termasuk lapangan terbang baharu,pelabuhan dan pengambilalihan bank komersial.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur