2024-10-31 HaiPress

Ahli Perniagaan Jaaggarao Simancha
KUALA LUMPUR,31 Oktober- Penyebaran maklumat berkenaan insiatif Kerajaan Madani khususnya kepada masyarakat India perlu diperluas,terutama peluang dalam meningkatkan ekonomi melibatkan peniaga serta usahawan kecil dan sederhana.
Menurut Ahli Perniagaan Jaaggarao Simancha yang berpengalaman hampir 20 tahun dalam industri perniagaan,kebanyakan masyarakat India tidak mengetahui peluang dan insiatif yang diberikan kerajaan untuk menggalakkan mereka mengembangkan peniagaan sedia ada.
"Mereka merasakan mereka dipinggirkan,tetapi daripada segi pengkhususan apa yang mereka hendak itu sebenarnya saya mengatakan sekarang ini kebanyakannya kalau dibuat satu perniagaan dibuat secara domestik,satu tempat sahaja ia tidak berkembang,walaupun ianya mempunyai peluang yang begitu tinggi sekali.
"Kedua,pengetahuan mereka berkenaan apakah insentif yang diberikan oleh kerajaan,oleh bank,semuanya itu tidak ada",katanya.
Beliau berharap peruntukkan sebanyak RM130 juta dalam Belanjawan 2025 yang melibatkan pembangunan sosiekonomi dan skim pembangunan usahawan masyarakat India dapat memberi pengkhususan berkenaan penggunaan teknologi serta pelbagai latihan bagi membawa perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi.
Beliau berkata demikian ketika ditemu bual selepas menjadi tetamu dalam Program Selamat Pagi Malaysia (SPM) di Angkasapuri Kota Media.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur