2024-10-31 HaiPress

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil
KUALA LUMPUR,31 Oktober - Tiada perbincangan berhubung pelaksanaan cukai langgganan ChatGPT seperti diperkatakan di media sosial.
Jelas Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil,sebarang cadangan mengenai perkara berkenaan perlu dibawa ke parlimen dan tidak hanya dibincangkan di peringkat jemaah menteri.
"Setakat ini,kita tidak ada bincang perkara ini,dan sama ada di jemaah menteri atau dalam kalangan menteri-menteri lain. Tiada perbincangan mengenai cadangan untuk mengenakan cukai.
"Dan kita tahu sebarang cukai yang ingin dikenakan perlu dibawa untuk diluluskan di parlimen dan kita juga tidak dengar perkara itu dalam Belanjawan 2025 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim,jadi bagi saya,perkara itu tidak boleh dilayan," kata Fahmi.
Beliau berkata demikian dalam Majlis Rumah Terbuka Deepavali MADANI 2024,di Ibu Negara.
Majlis anjuran Kementerian Digital itu turut dihadiri Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim,Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan barisan menteri kabinet.
Sementara itu dalam isu berbeza,Fahmi berkata bahawa Permodalan Nasional Bhd (PNB) dan Khazanah Nasional perlu diberi masa untuk menjelaskan kerugian RM43.9 juta dalam penjualan pelaburan mereka dalam platform e-dagang FashionValet Sdn Bhd (FashionValet) dengan harga RM3.1 juta.
“Kami sedang memantau isu ini...saya belum menerima laporan penuh mengenai perkara sebenarnya yang berlaku. Sudah tentu,banyak orang mempunyai banyak soalan,dan saya rasa kita perlu memberi pihak-pihak berkenaan sedikit masa untuk memberikan respons secara rasmi.
“Sudah tentu,isu ini timbul daripada respons Parlimen yang diberikan. Jadi,saya rasa kita perlu memberi sedikit masa kepada mereka untuk menerangkan situasi yang berlaku,kerana ini melibatkan wang awam,dan tentunya ramai yang ingin tahu,” katanya.
Pada 29 Oktober,Kementerian Kewangan menerusi jawapan bertulis di Parlimen mendedahkan Khazanah dan PNB mengalami kerugian RM43.9 juta daripada penjualan pegangang minoriti mereka dalam FashionValet.
Pada 2018,Khazanah telah melabur sebanyak RM27 juta,manakala PNB melabur RM20 juta untuk pegangan minoriti dalam FashionValet.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur