2024-10-31 HaiPress
Erik (kiri) dan Lyle Menendez ketika perbicaraan pada 1996 / FOTO REUTERS
LOS ANGELES,31 Oktober- Peguam kepada Erik dan Lyle Menendez,dua beradik yang membunuh ibu bapa mereka di rumah mewah keluarga di Beverly Hills pada tahun 1989,berkata pada hari Rabu bahawa pasangan adik beradik itu mempunyai tiga laluan untuk mendapatkan kebebasan,ketika usaha untuk membebaskan mereka daripada hukuman penjara seumur hidup semakin hangat.
Dua beradik itu dihukum penjara seumur hidup selepas melalui perbicaraan sensasi yang menarik perhatian Amerika Syarikat dan dunia.
Pendakwa raya ketika itu berhujah bahawa mereka telah merancang untuk membunuh Jose dan Mary Louise "Kitty" Menendez dengan tujuan mempercepatkan akses kepada harta pusaka bernilai AS$14 juta.
Namun,penyokong mereka mengatakan bahawa mereka adalah mangsa penderaan seksual dan fizikal yang berterusan,dan akhirnya "terluka" selepas bertahun-tahun mengalami penderitaan daripada seorang ayah yang zalim.
Kes tersebut mendapat perhatian semula dalam beberapa bulan kebelakangan ini susulan drama jenayah Netflix,Monsters: The Lyle and Erik Menendez Story.
Jurucakap bagi peguam Mark Geragos berkata bahawa dua beradik berkenaan akan berdepan satu lagi perbicaraan bulan depan,di mana mereka akan meminta agar sabitan bunuh diubah kepada kesalahan membunuh tanpa niat (manslaughter).
Jika berjaya,mereka boleh dibebaskan serta-merta,setelah menjalani hukuman lebih daripada 34 tahun,tiga kali lebih lama daripada tempoh hukuman biasa untuk pembunuhan tanpa niat.
Satu lagi perbicaraan pada bulan Disember,yang disokong oleh ketua pendakwa Los Angeles,akan cuba mengurangkan hukuman mereka daripada penjara seumur hidup tanpa parol kepada 50 tahun.
Ini akan membolehkan Erik Menendez,yang kini berusia 53 tahun,dan Lyle Menendez,56 tahun,layak untuk dibebaskan jika lembaga parol kemudian bersetuju mereka layak.
Laluan ketiga ialah rayuan kepada gabenor California untuk pengampunan atas jenayah mereka,yang disokong oleh Peguam Daerah Los Angeles,George Gascon.
"Saya sangat menyokong pengampunan untuk Erik dan Lyle Menendez,yang kini menjalani hukuman penjara seumur hidup tanpa kemungkinan parol," kata Gascon.
"Mereka masing-masing telah menjalani hukuman selama 34 tahun dan terus melanjutkan pendidikan mereka serta berusaha untuk mewujudkan program-program baharu untuk menyokong pemulihan rakan-rakan banduan mereka."
Permohonan pengampunan telah dikemukakan pada hari Isnin oleh peguam lelaki itu,kata Gascon,dan pejabatnya telah menghantar surat sokongan kepada Gabenor Gavin Newsom.
Minggu lalu,Gascon yang sedang berdepan cabaran sukar dalam pilihan raya semula mengumumkan bahawa beliau akan meminta mahkamah untuk menjatuhkan hukuman baharu yang akan membolehkan dua beradik itu layak untuk dibebaskan segera.-AFP
Hotline Tarif AS: Inisiatif MATRADE mudahkan akses maklumat perdagangan
Ringgit mengukuh pada pembukaan berikutan kelemahan dolar AS
Ringgit dibuka hampir mendatar ketika indeks dolar AS meningkat
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US
Bank Rakyat umum dividen 17 peratus, bayaran cecah RM486 juta
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS, ekoran ketidakpastian dasar tarif AS
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur