2024-10-31 HaiPress

Foto Facebook Polis Johor
JOHOR BAHRU,31 Oktober-Polis telah merakam tiga percakapan individu berkaitan insiden tular di media sosial,berhubung pengibaran bendera negara luar dalam satu perhimpunan keagamaan di Sentosa,Johor Bahru,20 Oktober lalu.
Ketua Polis Johor,Datuk M.Kumar berkata penganjur perhimpunan tersebut yang kini berada di Bangkok turut dihubungi untuk dirakam percakapan beliau bagi membantu siasatan pihak polis.
"Setakat ini satu laporan polis yang telah dibuat oleh polis sendiri ekoran penularan video.
"Setelah merakam semua saksi yang terlibat kita akan edarkan kepada pihak pendakwaan negeri untuk mendapat arahan dan nasihat lanjut",katanya demikian selepas Program Community Policing sempena Hari Deepavali di sini.
Turut berkenan hadir ke majlis itu,Tunku Panglima Johor,Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor,Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim.
Semalam,polis menerima satu laporan berhubung insiden itu dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan 1949,Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur