2024-10-31 HaiPress

Foto Fail
KUALA LUMPUR,31 Oktober- Ribut petir,hujan lebat dan angin kencang diramal melanda 11 negeri dan ibu negara hingga pukul 7.00 malam ini.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada pukul 3.30 petang tadi,antara negeri terlibat ialah Perlis,Kedah (Kubang Pasu,Pokok Sena,Padang Terap,Sik dan Baling) dan Perak (Hulu Perak,Kuala Kangsar,Kinta,Kampar,Batang Padang dan Muallim).
Bagi Pantai Timur pula,negeri terbabit ialah Kelantan melibatkan Tumpat,Pasir Mas,Jeli,Tanah Merah,Kuala Krai dan Gua Musang manakala Pahang membabitkan Cameron Highlands,Lipis,Raub,Bentong,Temerloh,Maran,Kuantan,Bera dan Pekan.
Keadaan cuaca sama diramal berlaku di Melaka,Selangor (Hulu Selangor,Gombak dan Hulu Langat),Negeri Sembilan (Jelebu,Seremban,Kuala Pilah,Rembau,Jempol dan Tampin) dan Johor (Segamat,Mersing dan Kota Tinggi).
Di Sarawak,kawasan terlibat ialah Sri Aman,Kapit (Kapit dan Belaga),Bintulu (Tatau),Miri (Telang Usan) dan Limbang manakala Sabah di Pedalaman (Sipitang,Tenom,Beaufort dan Nabawan),Tawau dan Sandakan (Tongod).
Menurut MetMalaysia,amaran ribut petir ialah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.- BERNAMA
Australia bincang dengan Petronas, pacu kerjasama dalam bidang tenaga
Tiga inisiatif untuk penternak, pesawah, petani di Melaka
JBPM kesan 11 panggilan palsu di Pulau Pinang
Malaysia utamakan keperluan bahan api domestik berbanding eksport
CIMB, DBKL perkasa pembangunan ekonomi Kuala Lumpur
Selangor peruntuk RM130.42 juta perkukuh daya tahan hadapi kesan krisis global
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur