2024-10-31 HaiPress

Foto RTM
BINTULU,30 Oktober- Premier Sarawak,Tan Sri Abang Johari Tun Openg,menyarankan OM Sarawak,syarikat peleburan ferroaloi terbesar di luar China,untuk memanfaatkan sisa pengeluaran dalam usaha mengukuhkan ekonomi kitaran negeri.
Beliau mencadangkan sisa pengeluaran digunakan untuk menghasilkan bahan seperti wayar teras silikon kalsium,yang berpotensi menyokong industri pembinaan kapal dan pesawat serta projek pembinaan jalan raya di Sarawak.
“Langkah ini bukan sahaja mampu memanjangkan rantaian nilai OM Sarawak,malah turut menyokong usaha Sarawak ke arah ekonomi kitaran yang mampan," katanya.
Beliau berucap pada majlis makan malam ulang tahun ke-10 OM Sarawak di Bintulu.
Tan Sri Abang Johari juga menekankan sisa pengeluaran ferroaloi dapat dimanfaatkan dalam pembinaan jalan seperti Lebuhraya Pan Borneo dan jalan pesisir dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun akan datang. Ini selaras dengan Pelan Tindakan Lestari Sarawak yang memberi keutamaan kepada pembuatan karbon rendah.
Tambah beliau,penggunaan sisa industri sebagai bahan pembinaan jalan boleh menjadi penyelesaian yang bernilai.
OM Sarawak dilihat berpotensi untuk terus menyumbang kepada ekonomi hijau di Sarawak melalui inovasi dan teknologi hijau,sejajar dengan Strategi Pembangunan Pasca-Covid (PCDS) 2030.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur