2024-10-31 HaiPress

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan / Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,30 Oktober - Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM36.58 bilion daripada RM36.02 bilion pagi ini,manakala mudah tunai dalam dana Islam bertambah kepada RM20.52 bilion daripada RM15.93 bilion sebelum ini.
Terdahulu hari ini,bank pusat menawarkan dua tender repo berbalik dan tender repo berbalik Islam.
Ia juga mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli balik,dan kemudahan Murabahah komoditi bercagar dengan tempoh satu dan tiga bulan.
Pada 4 petang,BNM menawarkan tender pasaran wang konvensional RM36.6 bilion dan tender pasaran wang murabahah RM20.5 bilion,kedua-duanya untuk tempoh matang dua hari.
Bank pusat itu juga menyemak semula tender semalaman Murabahah kepada RM20.5 bilion daripada RM17.0 bilion.
Setakat 29 Okt,Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus.-BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur