2024-11-01 HaiPress

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,1 November- Peruntukan RM40 bilion oleh kerajaan merupakan peluang besar bagi usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) untuk berkembang maju.
Justeru,usahawan perlu bersedia daripada segi dokumentasi dan penambahbaikan teknologi automasi.
Presiden Dewan Perniagaan Usahawan Malaysia,Datuk Seri Abu Hasan Mohd Nor,menyatakan bahawa langkah tersebut penting untuk memenuhi permintaan pasaran luar serta melonjakkan jenama tempatan.
"Penggunaan mesin canggih harus menekankan aspek makanan,seperti pelabelan,pembungkusan,dan reka bentuk yang lebih menarik.
"Automasi perlu dipertingkatkan dalam proses pembungkusan; jika pembungkusan plastik kelihatan biasa,reka bentuknya harus lebih menarik agar produk dapat menembusi pasaran yang lebih luas.
"Teknologi retort (makanan sedia dimakan) yang tersedia kini merupakan salah satu peluang automasi terbaik," katanya kepada pemberita dalam satu program terbitan RTM.
Tambah beliau,sistem automasi serta pendigitalan,termasuk invois dan aplikasi terkini,adalah penting dalam usaha IKS untuk bersaing di pasaran global.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur