2024-11-01 HaiPress

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) menyerahkan sumbangan makanan keperluan asas kepada penduduk sekitar pulau di Mersing,Johor/Foto Maritim Malaysia
MERSING,1 November – Seramai 108 penduduk di Pulau Pemanggil,Pulau Aur,dan Pulau Tinggi di negeri ini menerima bantuan barangan makanan serta keperluan asas sebagai persediaan menghadapi musim tengkujuh.
Bantuan disampaikan melalui program kerjasama antara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) yang berlangsung dari 27 Oktober hingga semalam.
Pengarah Zon Maritim Mersing,Komander Maritim Suhaizan Saadin,berkata Program Bantuan Tengkujuh Susur Pulau 2024,APMM mengerahkan dua kapal peronda dan dua bot Perkasa untuk menghantar bantuan kepada nelayan dan penduduk pulau terlibat.
"Selain bantuan logistik,APMM turut menyediakan taklimat keselamatan laut kepada penghuni pulau sebagai langkah pencegahan kemalangan dan kecemasan.
"Program ini bertujuan mengukuhkan solidariti dan kebersamaan dengan komuniti maritim,selain menjadi platform untuk menjalin kerjasama strategik bagi melindungi serta mensejahterakan mereka," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.
Program turut disertai 22 peserta yang terdiri daripada kakitangan dan sukarelawan YFBM,bersama Ketua Pegawai YFBM,Johan Halid.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur