2024-11-01 HaiPress

Ketua Menteri Melaka,Datuk Seri Ab Rauf Yusoh
MELAKA,1 November - Semua infrastruktur pelancongan di Melaka ditambah baik bersempena Hari Pelancongan Dunia (WTD) dan Persidangan Pelancongan Dunia (WTC) pada tahun hadapan.
Ketua Menteri Melaka,Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata,ia dalam usaha menjadikan Melaka,negeri pelancongan bertaraf dunia.
Menurut Ab Rauf,tumpuan diberi di semua kawasan bawah pentadbiran empat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
“Dan kita juga akan memberi tumpuan mengikut kawasan kawasan PBT untuk menarik lebih ramai pelancong domestik menikmati keindahan alam semula jadi dalam negeri ini.
"Dalam kawasan pentadbiran PBT Alor Gajah kita akan mempertingkatkan kualiti eko tourism di paya lebar dengan mempertingkatkan lagi kualiti perkhidmatan river cruise di Jasin.
"Kita akan mempertingkatkan lagi Taman Chinchin Extream Park yang akan dijadikan Chinchin Glamping dan Caravan Park bertaraf dunia," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Puncak Laksamana di Bukit Beruang,di sini hari ini.
Jelas beliau,tumpuan turut diberi di kawasan pelancongan bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah dan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur