2024-11-01 HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,1 November- Persatuan Kakitangan Ugama (PKPU),Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan juga Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM) memandang serius gesaan pihak yang mengusulkan penggantian Mufti Wilayah dan Menteri Agama susulan isu pindaan RUU Mufti Wilayah Persekutuan 2024.
Jelas mereka usul sebegini bukan sahaja tidak berasas,tetapi turut berpotensi menggugat kredibiliti institusi agama yang berperanan penting dalam membimbing masyarakat dengan kefahaman Islam yang jelas.
Dalam perkara melibatkan perbezaan pandangan,adalah penting bagi semua pihak untuk berlapang dada dengan melazimkan adab al-Ikhtilaf demi memelihara keharmonian serta mengelakkan sebarang bentuk pertentangan yang tidak diperlukan.
Desakan sedemikian bukanlah suatu amalan yang sihat dan profesional dalam pengurusan dan kepemimpinan organisasi; melainkan jika perkara tersebut jelas melibatkan isu pelanggaran tatakelola atau terbukti tidak kompeten.
Mereka juga menggesa mana-mana pihak agar menghormati langkah kerajaan menggubal Rang Undang-Undang (RUU) Mufti Wilayah Persekutuan dalam usaha mengangkat martabat dan kedudukan institusi mufti sejajar dengan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan dan akta yang berkuat kuasa di Wilayah-Wilayah Persekutuan.
Orang ramai juga diminta untuk menghentikan tindakan menghasut dan menanam kebencian umat Islam terhadap kedudukan Menteri dan Mufti Wilayah Persekutuan yang sedang melaksanakan gagasan Pelan Transformasi al-Falah dalam pentadbiran Islam Syariah serta pentadbiran hal ehwal Islam.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur