2024-11-01 HaiPress

Presiden Botswana,Mokgweetsi Masisi /Foto REUTERS
GABORONE,1 November- Presiden Botswana,Mokgweetsi Masisi,mengumumkan bahawa beliau akan meletakkan jawatan selepas partinya mengalami kekalahan besar dalam pilihan raya umum negara itu selepas kiraan awal diumumkan.
"Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak pembangkang atas kemenangan mereka dan mengakui kekalahan ini," kata Masisi kepada wartawan dalam satu sidang media di sini.
Masisi turut menambah bahawa perjalanan karier politiknya sebagai presiden merupakan satu perjalanan yang menarik.
Parti beliau,Parti Demokratik Botswana (BDP),telah memerintah negara berkenaan sejak mendapat kemerdekaan daripada Britain pada tahun 1966.
Keputusan rasmi dari pilihan raya yang diadakan pada hari Rabu dijangka disahkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya kemudian hari ini,tetapi kiraan awal menunjukkan bahawa tiga parti pembangkang telah berjaya memenangi sekurang-kurangnya 31 daripada 61 kerusi.
Di bawah sistem pilihan raya Botswana,parti pertama yang memperoleh 31 kerusi akan diisytiharkan sebagai pemenang dan calon mereka akan menjadi Presiden.
Masisi,yang mula memegang jawatan pada 2018,berkata beliau akan memulakan semua kerja pentadbiran untuk memudahkan peralihan kuasa.
"Kami gembira untuk berundur dan menjadi pembangkang yang setia serta memastikan kerajaan bertanggungjawab," kata pemimpin berusia 63 tahun itu yang sebelum ini yakin akan memperoleh penggal kedua pemerintahan.
Parti pembangkang berhaluan kiri,'Umbrella For Democratic Change' (UFDC),berjaya memperoleh lebih daripada 24 kerusi,menurut pegawai parti,Mike Keakopa,dan kini berusaha mencapai 31 kerusi untuk menjadi pemenang mutlak.
Sekiranya disahkan,calon parti itu,peguam hak asasi manusia yang berpendidikan Harvard,Duma Boko,akan menjadi presiden baharu Botswana.
Dua parti pembangkang lain,Parti Kongres Botswana dan Front Patriotik Botswana,turut memperoleh puluhan kerusi bersama.-AFP
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur