2024-11-01 HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,1 November - Penggantungan Perlembagaan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) berkuat kuasa pada hari ini selepas tamatnya perintah khas,semalam.
Penggantungan itu dibuat kerana ketidakharmonian tadbir urus yang menjejaskan kepentingan NAFAS sebagai badan induk.
Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang,Datuk Mahfuz Omar berkata,konflik dalaman semasa moratorium telah menjejaskan operasi dan kepentingan peladang.
Menurut beliau,sepanjang tempoh tersebut,jemaah Pengarah dan Pengurusan tidak mempunyai kuasa dan NAFAS boleh merayu kepada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan dalam tempoh 30 hari.
"Oleh yang demikian,setelah meneliti dan memperhalusi peruntukan undang-undang yang sedia ada,maka saya mendapati bahawa pendaftar mempunyai kuasa dan fungsi selaras dengan Seksyen 7(1) Akta Lembaga Pertubuhan Peladang 1973 (Akta 109).
"Ia ermasuk undang-undang subsidiari bawah Akta 109 untuk melaksanakan segala yang perlu dan sesuai dengan manfaat untuk mengawas dan menyelia NAFAS.
"Serta melaksanakan tindakan-tindakan wajar untuk proses pemulihan NAFAS," katanya pada sidang akhbar di Menara LPP,hari ini.
Justeru,pendaftar akan melantik pentadbir dan jawatankuasa untuk memantau tadbir urus,menyiasat tatakelola,serta rekod kewangan NAFAS. Sepanjang penggantungan,pentadbir yang dilantik akan mengendalikan NAFAS dengan pemantauan Pendaftar untuk memperkukuh tadbir urus demi kepentingan peladang.
Terdahulu,media melaporkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki mengesahkan pihaknya memulakan siasatan dan pembongkaran berhubung penyelewengan dan ketirisan projek pembekalan baja padi sebuah pertubuhan di bawah kementerian terbabit.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur