2024-11-01 HaiPress

Juwita Mohd Sahari (tengah) bersama peguamnya pada sidang media hari ini / FOTO RTM
JOHOR BAHRU,1 November- Seorang usahawan wanita menggesa pemilik Kelantan FC,Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham memulangkan kembali baki wang tuntutannya berjumlah RM249,675.60.
Pengarah Nita Sahari Properties Sdn. Bhd,Juwita Mohd Sahari berkata jumlah berkenaan merupakan baki daripada keseluruhan RM999,675.60 sen yang telah dilaburkan dalam syarikat UncleZam Holdings pada April 2021.
Sehubungan itu,pihaknya menyeru Zamsaham tampil bagi menyelesaikan pembayaran tuntutan mengikut amaun yang ditetapkan oleh mahkamah.
"Dia janjikan bulan depan,dua bulan,bulan depan dan dia bayar sikit-sikit tapi dia janjikan akan dipulangkan secara keseluruhan jadi bila sampai waktunya yang dijanjikan dia tak bayar.
"Saya terus buat notis tuntutan (NOD) buat dan tindakan tindakan saman tapi waktu itu dia sudah ada buat pembayaran cuma baki sebanyak RM249,675.60 sen sahaja yag lain dia buat pembayaran secara beransur-ansur," katanya.
Tambahnya,sebelum ini pihak Unclezam Holdings pernah menghubungi Juwita untuk menyelesaikan kes di luar mahkamah namun usahawan berkenaan enggan dan berjaya mendapatkan tindakan daripada mahkamah untuk kes tersebut.
Pihaknya tidak akan berputus asa dan sedang mengambil langkah proaktif untk mendapatkan alamat terkini Unclezam Holdings.
Beliau ditemui bersama dua orang peguam dalam Sidang Media di Johor Bahru,Johor.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur