2024-11-04 HaiPress

Sebuah kereta terjatuh ke dalam tebing di lokasi sama kira-kira 3.30 pagi tadi/Foto Bomba
KUALA LUMPUR,4 November - Insiden tanah runtuh yang berlaku di Lembah Maju,Pandan Indah pada 12 Okt lepas berulang lagi apabila sebuah kereta jenis Proton Saga terjatuh ke dalam tebing di lokasi sama kira-kira 3.30 pagi tadi.
Mangsa,Adrian Untam,44,seorang pemandu e-hailing sepenuh masa berkata beliau terkejut apabila menerima panggilan telefon dari jirannya yang memaklumkan bahawa keretanya telah terjatuh akibat tanah runtuh itu.
‘’Saya parkir kereta saya selepas balik kerja sekitar 9 malam semalam dan hujan belum mula. Kira-kira pukul 3.30 pagi,jiran hubungi saya dan beritahu kereta saya telah jatuh. Saya sangat sedih sebab itulah (kereta) satu-satunya sumber pendapatan saya," katanya ketika ditemui pemberita.
Sementara itu,seorang penduduk Taman Lembah Maju,Shaik Mohamed Sadiq Ali,38,berkata beliau tidak menyangka kejadian tanah runtuh berlaku sekali lagi di lokasi yang sama.
Beliau berkata insiden tanah runtuh seperti itu tidak pernah berlaku sepanjang 30 tahun beliau tinggal di kawasan itu,tetapi kini bimbang akan keselamatan dirinya dan penduduk lain,terutamanya apabila hujan lebat.
"Sekarang,kalau hujan saya memang bimbang dan akan parkir kereta jauh (daripada kawasan tebing dan longkang).
"Saya harap pihak berkaitan lebih peka dengan perkara ini untuk keselamatan penduduk setempat,dan selepas ini pihak berkuasa dapat membuat penghadang konkrit (kekal atau usaha lain yang lebih sesuai) kerana kawasan di situ terbuka (tanpa sebarang penghadang)," katanya.
Pada 12 Okt lepas,hujan lebat berterusan telah menyebabkan dua kenderaan hampir jatuh ke dalam longkang selepas tebing sungai di lokasi sama runtuh. - BERNAMA
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur