2024-11-04 HaiPress

Kementerian Ekonomi mempergiatkan usaha memperluaskan pelaksanaan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) bagi meningkatkan penyertaan golongan sasar / Foto Hiasan / Bernama
KUALA LUMPUR,4 November – Kementerian Ekonomi mempergiatkan usaha memperluaskan pelaksanaan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) bagi meningkatkan penyertaan golongan sasar.
Usaha itu termasuk pelancaran portal dan pembukaan kaunter pendaftaran IPR di ibu pejabat Kementerian Ekonomi.
Timbalan Menteri Ekonomi,Datuk Hanifah Hajar Taib berkata sehingga kini,sebanyak 2,536 individu daripada golongan sasar telah diluluskan untuk menyertai tiga inisiatif di bawah IPR,iaitu IPR INTAN,IPR INSAN,dan IPR IHSAN.
"Kementerian Ekonomi turut serta dalam siri Jelajah MADANI bagi memudahkan proses pendaftaran IPR dan memberikan penerangan lanjut.
"Selain itu,pegawai lapangan di peringkat negeri dan daerah sentiasa mengadakan sesi libat urus untuk menyampaikan maklumat terkini berhubung pelaksanaan IPR. Ini bagi menarik lebih ramai golongan sasar untuk menyertai inisiatif ini merentasi lokaliti masing-masing," katanya.
Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Sungai Siput,Kesavan Subramaniam,di Dewan Rakyat,di sini.
Setakat ini,IPR INTAN telah meluluskan 1,485 peserta di 16 lokasi,manakala 161 peserta telah mendapat manfaat daripada IPR INSAN sehingga 15 Oktober lalu. Untuk IPR IHSAN pula,pelaksanaan telah diluluskan bagi 890 peserta di seluruh negara.
Australia bincang dengan Petronas, pacu kerjasama dalam bidang tenaga
Tiga inisiatif untuk penternak, pesawah, petani di Melaka
JBPM kesan 11 panggilan palsu di Pulau Pinang
Malaysia utamakan keperluan bahan api domestik berbanding eksport
CIMB, DBKL perkasa pembangunan ekonomi Kuala Lumpur
Selangor peruntuk RM130.42 juta perkukuh daya tahan hadapi kesan krisis global
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur