2024-11-04 HaiPress

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,4 November - Polis Kuala Lumpur menawarkan diskaun saman sebanyak 50 peratus kepada pesalah trafik bermula esok hingga Sabtu ini.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur,ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata,kaunter akan dibuka di Balai Polis Tun H S Lee dan orang ramai boleh mengambil peluang membuat semakan serta pembayaran saman secara bebas tunai.
Mohd Zamzuri berkata tawaran diskaun berkenaan tidak termasuk bagi kes saman kemalangan,saman bicara mahkamah,kategori tidak boleh kompaun,memotong secara berbahaya,kesalahan menggunakan lorong kecemasan dan langgar lampur isyarat.
“Kesalahan berkaitan kenderaan berat,pengubahsuaian ekzos,saman berstatus Op Selamat dan kesalahan memotong di garisan berkembar turut tidak termasuk dalam tawaran tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini - BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur