2024-11-04 HaiPress

Seorang penuntut lelaki berusia 20 tahun sebuah kolej swasta di Chukai ditemukan mati dalam bilik asrama kolej tersebut,awal pagi tadi / Foto RTM
KEMAMAN,4 November – Seorang penuntut lelaki berusia 20 tahun sebuah kolej swasta di Chukai ditemukan mati dalam bilik asrama kolej tersebut,awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kemaman,Superintenden Hanyan Ramlan berkata mangsa,yang berasal dari Selangor itu,ditemui oleh rakan sebiliknya kira-kira pukul 5.41 pagi.
Menurutnya,salah seorang rakan mangsa menemui mayat mangsa ketika baru pulang ke asrama dan segera memaklumkan kepada rakan-rakan lain sebelum laporan dibuat kepada pihak polis.
“Rakan mangsa yang terkejut melihat mangsa tidak sedarkan diri telah memberitahu rakan-rakannya sebelum membuat laporan kepada polis,” katanya ketika dihubungi RTM.
Tambah Hanyan,berdasarkan keadaan mayat,polis menganggarkan mangsa telah meninggal dunia dalam tempoh sekitar 12 jam sebelum ditemui.
Menurut rekod kesihatan,mangsa tidak mempunyai sejarah penyakit sebelum ini.
Mayat telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur