2024-11-04 HaiPress

Foto PDRM
KUCHING,4 November- Seorang lelaki ditemukan mati berhampiran tempat pembuangan sampah di belakang sebuah pasar raya di Kuching,malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kuching,ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berkaitan kes tersebut pada pukul 7.50 malam.
Lelaki tempatan berusia 29 tahun itu ditemukan dalam keadaan tertiarap dan tidak sedarkan diri.
Sepasukan anggota dari Balai Polis Sekama digegaskan lokasi kejadian mendapati individu berkenaan tidak memberikan respon dan mengalami kecederaan pada beberapa anggota badan.
Lelaki itu disahkan telah meninggal dunia oleh pasukan perubatan di lokasi kejadian.
Mayat kemudiannya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat.
Beliau memberitahu,satu kertas siasatan mati mengejut dibuka berhubung kejadian itu.
Menerusi satu kenyataan media,ACP Farhan menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes tersebut.
Individu yang menyaksikan kejadian terbabit atau mempunyai sebarang maklumat diminta berhubung terus dengan Pengawai Penyiasat,Sarjan Mejar Rogayah Abu Serah di talian 016- 5779574 atau datang ke balai berhampiran.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur